KOTA KINABALU: Sabah FC tewas di laman sendiri di Stadium Likas di sini pada perlawanan terakhir kumpulan H Piala Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC), kepada PSM Makassar dengan jaringan 1-3 malam tadi.
Bagaimanapun, keputusan itu tidak mengubah kedudukan Sabah di takhta kumpulan H dengan meraih 12 mata hasil empat kemenangan serta tewas dua kali, dan pasukan Sang Badak itu juga sebelum ini telahpun mengesahkan tempat ke separuh akhir zon ASEAN.
PSM Makassar bermula garang apabila di hadapan pada minit ke-15, selepas pemain tengahnya Yakob Sayuri membuat rembatan kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol berpengalaman Khairul Fahmi Che Mat.
Anak buah Datuk Ong Kim Swee kemudian cuba untuk membuat asakan demi asakan namun gagal menghasilkan gol, sehinggalah PSM Makasar dihadiahkan satu lagi gol, apabila tendangan penyerangnya tertampan pemain pertahanan Sabah Dominic Tan, menjadikan kedudukan 0-2 pada minit ke-35.
Sabah cuba bangkit pada babak kedua dan asakan pasukan itu membuahkan hasil, apabila pemain import Telmo Castanheira berjaya merapatkan jurang pada minit ke-72, hasil tandukan di kawasan kotak penalti, menjadikan kedudukan 1-2.
Bagaimanapun, penyokong tuan rumah pulang hampa apabila pengadil Ammar Abrahim Hasan Mahfoodh menghadiahkan sepakan penalti pada minit kelima masa tambahan kepada PSM Makassar, setelah Rizal Ghazali mengasari pemain lawan di dalam kotak penalti.
Everton Nascimemto tenang menyempurnakan sepakan penalti itu, mengesahkan kemenangan ketiga dalam saingan itu buat PSM Makassar yang berada di tangga ketiga kumpulan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023
Penyerang Sabah FC Telmo Castanheira (kanan) mengawal bola ketika aksi menentang PSM Makassar dalam saingan Piala AFC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi. --fotoBERNAMA
Arab Saudi nasihat umat Islam tidak terpedaya iklan palsu haji di media sosial
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi pada Isnin menasihatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan iklan palsu yang menawarkan perkhidmatan haji di laman media sosial.
Pengurus bangunan menyamar Ketua Polis Johor didenda RM1,000
Seorang pengurus bangunan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah menyamar sebagai Ketua Polis Johor.
Mendiang Mutang selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial
Jasad mendiang Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Mutang Tagal selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial, 33 km dari sini hari ini.
Lagi insiden pokok tumbang di Kuala Lumpur, kali ini berdekatan Jalan Pinang
Difahamkan, beberapa buah kenderaan turut dihempap pokok dalam kejadian tersebut.
AWANI Ringkas: Gunung berapi Ibu meletus, muntahkan abu setinggi 5km
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Biden ulangi kebimbangan mengenai serangan Israel di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengulangi kebimbangan mengenai kesan buruk yang akan berlaku susulan serangan Israel keatas Rafah.
Gunung berapi Ibu meletus di Indonesia
Gunung berapi Ibu di pulau terpencil Halhamera di Indonesia meletus sekita jam 9.12 pagi waktu tempatan.
JDT terus kuasai Asia Tenggara, ke-14 terbaik Asia
JDT terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.
Prosedur tampal kulit Faisal Halim tunjuk reaksi positif
Prosedur graf kulit atau tampalan kulit untuk menutup luka lecur tahap empat dialami pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim yang cedera disimbah asid baru-baru ini menunjukkan reaksi positif.
Gunung berapi Ibu meletus, terbangkan abu sehingga 5 kilometer
Gunung berapi Ibu diklasifikasikan sebagai tahap bahaya ketiga, di bawah tahap tertinggi IV.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
Sabah FC muncul juara Piala SMJ 2024
Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-63 menerusi sepakan penalti Ramon Machado yang diberikan pengadil Tuan Mohd Yaasin.
Sabah FC tapis Awang import
Ong berkata, Sabah FC masih meneliti prestasi dan keupayaan pemain tersebut walaupun telah menyertai sesi latihan sejak beberapa hari lalu.
Piala AFC: Macarthur bukan lawan mudah - Kim Swee
Sabah FC menyifatkan aksi separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC menentang wakil dari Australia, Macarthur pada Selasa sebagai perlawanan yang sukar.
Terima kasih Amri Yahyah
Perlawanan Liga Super antara Sabah FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada Ahad menjadi perlawanan terakhir buat Mohd Amri Yahyah.
Piala AFC: Sabah FC tewas di laman sendiri pada perlawanan terakhir kumpulan H
Keputusan itu tidak mengubah kedudukan Sabah di takhta kumpulan H dengan meraih 12 mata hasil empat kemenangan serta tewas dua kali.
Sepakan penalti Vitor ikat Terengganu
Sepakan itu diperoleh selepas penjaga gol TFC Muhammad Rahadiazli Rahalim merempuh Nik Akif Syahiran Nik Mat dalam kawasan penalti.
Piala AFC: Sabah FC sahkan slot pusingan kalah mati
Tuan rumah memberikan gol pendahuluan buat Sabah selepas hantaran leret Daniel Ting ke dalam kawasan kotak penalti tertampan kaki Naoki Kuriyama.
Ketiadaan tonggak pertahanan utama punca tewas - Ketua Jurulatih TFC
Steinbruckner menyifatkan ketiadaan empat tonggak pertahanan utama menjadi punca Terengganu FC (TFC) tewas 0-4 di tangan Sabah FC.
Sabah benam Hai Phong, rampas takhta kumpulan H
Skuad bimbingan Ong Kim Swee bermula cemerlang apabila membuka tirai jaringan menerusi rembatan jarak dekat Daniel Ting pada minit ke-19.